Sunday 20 September 2020

kehidupan tanpa ujian ,kau tak akan kenal siapa diri kau

Jangan hanya merasakan ujian adalah apabila terjadi sesuatu yg menyakitkan . Kau bahagia itu juga ujian buat mu . Ujian umpama ubat , ubat yg akan menjadikan diri mu lebih sihat . Begitu lah juga ujian , ujian yang datang membuatkan kau lebih kuat . 

Jangan terlalu selesa dengan apa yang kau ada . Jadikan sesuatu yg menyakiti mu adalah pointer untuk kau menjadi lebih baik dari hari sebelumnya . 

Bersangka baiklah dengan apa yg terjadi dalam kehidupan mu. Jangan bersedih pada perkara yg lepas kerana ia sudah lepas , jangan takut pada masa akan datang kerana ia belum terjadi . Tetapi menikmatilah hari-harimu selagi kau berpeluang dan bersyukurlah pada di atas kerana masih memberi kau kesempatan untuk merasai pemberiannya . 


Friday 18 September 2020

Seseorang

pertemuaan kita tidak pernah dirancangkan 
begitu juga perasaan yang hadir tanpa paksaan 
pada awalnya aku merasakan kesungguhanmu 
tapi hakikatnya aku masih takut 
aku membiarkan perasaan itu terus hadir memenuhi hati yang kosong 
aku membiarkan dirimu melayaniku 
aku membiarkan segalanya berbicara tanpa aku membangkangnya
perlahan-lahan aku mengikut rentakmu tanpa sedar 
perlahan-lahan aku mula sedar kau lah yang aku cari 
dan tanpa sedar kau benar2 mempengaruhi jiwaku dengan cara mu
telah lama ku biarkan hati ini kosong 
hadirnya kau mengisinya kembali 
membuatkan aku bersemangat mengejar apa yang aku ingin miliki 
dengan mu membuatkan aku rasa kuat 
walaupun adakalanya hati ini pernah terguris dengan katamu 
tapi tak pernah aku biarkan ia berlajutan 
hari demi hari aku berlawan dengan perasaanku demi kau 
hari demi hari aku memujuk hati ku kerana kau 
kerana aku tak mau kehilangan orang yg menyayangiku 
kau buat aku ketawa, kau buat aku tersenyum 
kau buat aku takut akan kehilangan kau 
kau buat aku terus berharap segalanya pada kau
dan kini maaf kerana aku terlalu memncintaimu 
perginya kau hilanglah separuh jiwaku .

rosemerah




Manusia sering bertanya di manakah kegembiraan aku . siapakah orang yg bisa beri aku kebahagiaan . Adakah orang ini bisa buat aku ketawa bahagia dan adakah selamanya aku akan bahagia denganya ? Pabila kita  terlalu mencari kegembiraan di luar tahukah kita tak akan rasa kebahgiaan yg sebenarnya.

Kegembiraan dan kebahagiaan itu tak perlu dicari kerana ia ada dalam diri kita . iya , diri kita sendiri . Orang yang membahagiakan kita itu adalah bonus dan boleh saja hilang sekelip mata . Tapi diri kau , kekal dengan mu. Bagaimana cara kau bahagiakan hati kau ? Bagaimana cara kau berkawan baik dengan ego kau ? Apa yang sering kau katakan di dalam hati kau ? adakah perkara buruk atau baik? Bahagiakanlah dirimu dan jangan pernah khianatinya . Orang lain tidak mampu menjaga hatimu sepertimana  dirimu menajaganya sendiri .

(Rosemerah)

kehidupan tanpa ujian ,kau tak akan kenal siapa diri kau

Jangan hanya merasakan ujian adalah apabila terjadi sesuatu yg menyakitkan . Kau bahagia itu juga ujian buat mu . Ujian umpama ubat , ubat y...